Monday, 20 May 2013

Satelit Malaysia - RazakSAT

Sumber:http://www.angkasa.gov.my

Pada masa sekarang, agensi-agensi di Malaysia yang memerlukan imej-imej satelit banyak bergantung pada data, imej dan maklumat yang diperolehi daripada satelit-satelit dari luar negara. Oleh sebab satelit-satelit tersebut berada pada kedudukan orbit yang kurang sesuai, imej yang diterima biasanya lambat dan tidak dapat memenuhi permintaan pengguna dan keperluan di Malaysia.
Sebuah Medium Aperture Camera Satellite (RazakSATTM), yang merupakan satelit kecil kedua Malaysia akan berupaya membekalkan imej data yang spesifik dan kerap kepada pengguna di Malaysia dan juga negara-negara yang terletak dalam linkungan khatulistiwa.
Satelit ini membawa muatan elektro-optik dan Kamera Bukaan Saiz Sederhana (Medium-sized Aperture Camera) atau lebih dikenali sebagai MAC. Kamera ini merupakan kamera berjenis pushbroom yang terdiri daripada 5 pengesan berjenis linear (1 pengesan berjenis pankromatik dan 4 pengesan berjenis multi-spektra).
Satelit ini akan dikendalikan melalui segmen buminya yang berada di Malaysia. Segmen bumi ini terdiri daripada Stesen Kawalan Misi (MCS) dan Stesen Penerimaan Dan Pemprosesan Imej (IRPS). MCS akan digunakan untuk mengawal dan melaksanakan misi RazakSATTM, termasuklah penghasilan arahan dan penerimaan maklumat satelit. IRPS pula digunakan untuk menerima dan menganalisa imej-imej RazakSATTM sebelum diedarkan kepada pengguna.
RazakSATTM merupakan hasil kerjasama di antara Malaysia Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) dan Satrec Initiative Co. Ltd, Republic of Korea.
 

Satelit Malaysia - TiungSAT

Sumber:http://www.angkasa.gov.my

 26 September 2000 merupakan detik yang bersejarah untuk Malaysia apabila mikro satelit pertama negara, TiungSAT-1 telah dilancarkan ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan.
Pembangunan mikro satelit pertama ini telah dipertanggungjawabkan kepada sebuah syarikat tempatan, Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. Sejurus selepas TiungSAT-1 berada pada orbit yang telah ditetapkan, sistem kawalan di Stesen Kawalan Bumi  ATSB yang terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia akan terus menghantar dan menerima isyarat komunikasi untuk berhubung dengan TiungSAT-1.
TiungSAT-1 yang mempunyai berat 50 kg dan dimensi 690 x 366 x 366 mm ini beroperasi pada Orbit Bumi Rendah dengan ketinggian 650 km dari aras bumi dengan kecondongan sebanyak 65 darjah. TiungSAT-1 dilancarkan dengan membawa 3 misi iaitu pencerapan bumi, ujikaji saintifik Cosmic-Ray Energy Disposition Experiment (CEDEX) dan juga aplikasi komunikasi.
TiungSAT-1 yang dilengkapi dengan sistem Multi Spectral Earth Imaging Camera yang mempunyai resolusi 72 m dan sistem Meteorological Earth Imaging Camera dengan resolusi 1.2 km bagi menjalankan aktiviti pencerapan bumi. Kejayaan pelancaran TiungSAT-1 merupakan kejayaan awal Malaysia dalam usaha untuk meneroka bidang teknologi angkasa di Malaysia.

 

Satelit

Sumber:http://www.angkasa.gov.my

Satelit buatan manusia yang pertama mengorbit bumi ialah Sputnik 1. Ia dibina oleh Soviet Union dan telah dilancarkan pada 4 Oktober 1957. Sputnik mempunyai orbit yang berbentuk elips dan berasa pada altitud di antara 225 hingga 950 km. Sepanjang berada di orbit ia menyiarkan isyarat bip selama 21 hari sebelum terbakar di atmosfera bumi pada 4 Januari 1958.    
Satelit memerlukan teknologi yang unik dan tahan lasak bagi membolehkan ia bertahan sewaktu proses pelancaran dan menghadapi persekitaran angkasa yang ekstrim. Satelit juga perlu membawa sumber tenaganya sendiri kerana ia tidak dapat menerimanya dari bumi. Ia harus mengekalkan orientasinya atau menghadap pada arah yang tertentu bagi menjayakan misinya. Satelit perlu mengekalkan suhu yang bersesuaian ketika berada dalam keadaan panas menghadap matahari dan keadaan sejuk ruang angkasa. Ia juga mestilah mampu bertahan dengan tahap radiasi yang tinggi dan pelanggaran dengan mikrometeoroid. Kebanyakan satelit dilengkapi dengan onboard computer bagi mengawal operasi dan misi satelit tersebut.
Terdapat pelbagai jenis satelit yang telah dihantar ke angkasa seperti satelit komunikasi, satelit navigasi, satelit cuaca dan satelit pencerapan bumi. Satelit yang mengorbit bumi boleh memberikan data untuk pemetaan bumi, menentukan bentuk dan saiz bumi serta mengkaji dinamik lautan dan atmosfera. Saintis juga menggunakan satelit untuk mencerap matahari, bulan, planet-planet dan bulan-bulannya, komet-komet, bintang-bintang dan galaksi-galaksi. Hubble Space Telescope adalah merupakan pencerap am yang dilancarkan pada tahun 1990. Sesetengah satelit saintifik turut mengorbit objek lain selain daripada bumi. Contohnya seperti Mars Global Surveyor yang mengorbit planet Marikh.
Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menghantar satelit ke angkasa iaitu TiungSAT, MeaSAT dan RazakSATTM.

SATELIT MALAYSIA

http://hazis.wordpress.com

SEBELUM MEMPERKATAKAN SATELIT MALAYSIA LEBIH BAIK MENGETAHUI APA ITU SATELIT?
SATELIT

Mengikut ilmu astronomi, satelit merupakan suatu objek di angkasa yang berputar mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar, dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Bulan adalah satelit kepada planet bumi kita, manakala Bumi pula merupakan satelit kepada matahari.
Umumnya, apa yang dimaksudkan dengan satelit ialah sebuah objek di ruang angkasa buatan manusia yang beredar mengelilingi bumi.
JENIS SATELIT
Bentuk satelit buatan berbeza-beza mengikut tujuannya. Beratnya juga daripada beberapa kilogram (satelit nano) kepada beberapa tan.
  • Satelit astronomi digunakan untuk memerhati dan mengkaji planet, bintang dan objek-objek jauh lain.
  • Satelit komunikasi digunakan untuk tujuan telekomunikasi. Siaran radio dan televisyen boleh dipancarkan menggunakan frekuensi gelombang mikro. Kebanyakannya menggunakan orbit geosegerak atau orbit hampir geopegun, walaupun ada yang menggunakan orbit rendah bumi.
  • Satelit pantau bumi digunakan untuk memantau permukaan bumi melalui orbit untuk tujuan pemerhatian alam sekitar, kaji cuaca atau pembuatan peta.
  • Satelit pandu arah digunakan untuk navigasi dan pembuatan peta. Isyarat masa radio membolehkan pengguna mengetahui kedudukan mereka dengan tepat melalui sistem GPS.
  • Satelit cuaca mencatat dan mengirimkan maklumat tentang keadaan cuaca dan iklim bumi.
  • Stesen angkasa merupakan satu ‘bangunan’ untuk membolehkan manusia hidup di angkasa lepas. Stesen ini telah direka untuk membolehkan ia didiami selama beberapa bulan, bahkan beberapa tahun.
  • Satelit ketenteraan merupakan satelit komunikasi atau satelit pantau bumi yang digunakan oleh pihak tentera.
  • Satelit kecil seperti satelit mini (500 – 200 kg), satelit mikro (10 – 200 kg) dan satelit nano (di bawah 10 kg).
ORBIT SATELIT
Orbit satelit juga berbeza dari jarak 117 km hingga ke 35,000 km di atas permukaan bumi mengikut tugas yang telah ditetapkan.
Orbit-orbit berikut pula merupakan orbit khusus yang digunakan untuk mengkategorikan satelit:
  • Orbit Molniya
  • Orbit segerak matahari (Heliosynchronous)
  • Orbit kutub
  • Orbit pemindahan bulan (LTO)
SATELIT MALAYSIA -razakSAT
razaksat-1__1
Satellite razakSAT Malaysia
Satelit ini adalah Satelit kedua di Malaysia satelit selepas TiungSAT-1 , Kazakhstan.
Pada asalnya dipanggil MACSAT, muatan RazakSAT membawa elektro optik, satu Medium-sized Aperture Camera (MAC) yang mana adalah satu pushbroom kamera dengan lima pengesan-pengesan linear (satu pankromatik, empat multispektrum) berat kira-kira 50 kg. Pada keseluruhan berat satelit ini kira-kira 180 kg.
pelancaran razakSAT di Guam.jpg2
Pelancaran razakSAT di Guam
pelancaran razakSAT di Guam
Pelancaran satelit razakSAT di Guam
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan semula satelit untuk RazakSAT sebagai menghormati mantan Perdana Menteri waktu itu Malaysia, Tun Hj Abdul Razak Abdul Razak atau tahu sebagai “Bapa Pembangunan Malaysia” (Bapa pembangunan Malaysia) atas sumbangan beliau kepada pembangunan Malaysia. Pelancaran ini di rasmikan olih Tun Dr Mahathir .
razak SAT  di orbitSatelit razakSAT di orbit
Pelancaran RazakSAT pada 03:35 UTC pada Julai 14, 2009 menggunakan satu Falcon 1 roket. Ini adalah penerbangan kelima satu Falcon 1, dan seperti penerbangan-penerbangan sebelumnya itu pelancaran adalah daripada Omelek Island dalam Kwajalein Atoll. Pada 05:25 UTC ELON MUSK, pengasas dan CEO SpaceX, pelancaran Satelit ini meryupakan satu kejayaan kepada Malaysia.
barisan jurutera razakSAT  sewaktu pelancaran
Barisan Jurutera satelit razakSAT sewaktu pelancaran di Guam,salah seorang dua dari kiri Cik Sulastery bt Abd Manap
RazakSAT® dengan berat 180kg mengelilingi bumi sehingga 14 kali dan mampu memperolehi imej atau imbasan sebanyak 6 kali setiap hari. Ketika ini, ianya di dalam fasa pelaksanaan dan operasi awal (LEOP) selama 3 bulan. Perisian pengoperasian dan panel suria telah berjaya diaktifkan. Jurutera ATSB® LEOP telah pengurusan operasi satelit semenjak ianya dilancarkan di Pusat Angkasa Negara yang terletak di Banting, Selangor dan dan Stesen bumi Agensi Remote Sensing Malaysia di Temerloh bagi tujuan memuat turun (download) imej dari satelit RazakSAT®.
Maklumat mengenai ATSB
Astronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB®) telah ditubuhkan untuk menaikkan nama Malaysia dalam industri teknologi kapalangkasa. ATSB® menekankan pengkhususan pada kajiselidik dan pembangunan di dalam bidang rekaan dan pembangunan sistem kelayakan angkasa yang menggunakan teknologi maju dan inovatif. Sebagai perintis dan pemimpin dalam bidang satelit kecil di Malaysia, ATSB® telah mencapai pelbagai kejayaan dalam masa yang singkat. Ini termasuk membangun, membina, melancar dan mengoperasi satelit-mikro Malaysia yang pertama, TiungSAT-1. Pengalaman dan pengetahuan tersebut telah digunapakai untuk pembangunan satelit-mikro kedua Malaysia, RazakSAT® dan juga memangkin program intensif teknologi tinggi di Malaysia.
image pertama dari satelit razakSAT
Image pertama dari razakSAT
bagaimana image di ambil dari razakSAT
Bagaimana image di ambil dari razakSAT
MGRS_Satelit Remote Sensing di Temerloh Pahang
MGRS_Satelit Remote Sensing di Temerloh Pahang
satelite bumi di Lendu Melaka
Satelit bumi di Lundu Melaka
RazakSAT
Organisation Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd.
Satellite of Malaysia
Launch date 14 July 2009
03:35 GMT
Launch vehicle Falcon 1
Launch site Kwajalein Atoll
Mass Instruments: 50 kg
Total: 180 kg
Power GaAs/Ge solar cells producing >300 W at EOL
Batteries NiCd batteries (18 Ah)
Orbital elements
Regime Low Earth-Near equatorial orbit
Inclination 9°
Altitude 685 km
Instruments
Main instruments M edium-sized Apertur

Malaysia kuasai teknologi satelit



MEASAT-3a sebelum dilancarkan.


SEMENJAK satelit pertama dilancarkan pada 13 Januari 1996, Malaysia sudah mempunyai lima satelit dengan empat daripadanya milik syarikat Measat Satellite System Sdn. Bhd. (Measat), yang direka bentuk untuk tujuan komunikasi.
Sementara satu lagi ialah Tiungsat milik Astronautics Technology Sdn. Bhd.(ATSB) yang dilancarkan pada 26 September 2000 yang mempunyai misi untuk mencerap bumi.
Kejayaan Malaysia dalam tempoh pendek itu ternyata pencapaian yang cukup hebat dan mengkagumkan ramai hingga telah meletakkan nama negara sebagai peneraju utama di rantau ini.
Lantas dengan siri kejayaan ini, ia telah menjadikan Malaysia antara tiga negara yang terkehadapan di Asia Pasifik dalam industri satelit komunikasi.
Sumbangan utama rekod cemerlang ini pastinya daripada Measat selaku operator atau pengendali satelit komunikasi.
Ternyata penubuhan syarikat itu memenuhi kehendak Wawasan 2020 bagi memacu keupayaan ICT negara yang merupakan medium penting untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Malah Measat sendiri menjadi pemangkin kepada kebolehan rakyat Malaysia dalam teknologi satelit selain secara berterusan menyemarakkan minat generasi muda dalam industri penting ini.
Lebih membanggakan pastinya kerana sebahagian besar pengendalian satelit milik Measat ini ditunjangi jurutera tempatan.
Sememangnya menjadi komitmen syarikat berkenaan untuk melahirkan seramai mungkin jurutera tempatan berwibawa bagi menyahut cabaran Wawasan 2020.
Antara yang dilahirkan mereka ialah Mohd. Muzaini Mohammud, 35, anak kelahiran Perlis yang bertindak sebagai Penolong Jurutera Prinsipal bagi Kejuruteraan Satelit di Measat.
Pendedahan luas yang diberikan kepada Muzaini membolehkan beliau terlibat secara langsung dalam pembinaan satelit MEASAT-3 apabila menjadi Jurutera Residen Boeing Satellite System yang membina satelit berkenaan.
Sementara untuk pelancaran terbaru MEASAT-3a pada 22 Jun lalu, Muzaini dengan pengalaman yang ada padanya telah bertindak sebagai penasihat pelancaran.
Satelit keempat Measat itu yang dilancarkan di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan melibatkan kos sebanyak AS$165 juta (RM577.5 juta).
Direka dengan 24 transponder, satelit tersebut akan melengkapkan keupayaan MEASAT-3 yang dilancarkan pada Disember 2006 lalu yang menjadi satelit tercanggih milik negara.
MEASAT-3 dibangunkan dengan 48 transponder iaitu 24 liputan Ku-Band dan 24 C-band manakala MEASAT-3a adalah separuh daripada keupayaan tersebut.
Pelancaran satelit yang dibina oleh Orbital Sciences di Amerika Syarikat (AS) menandakan satu lagi kejayaan besar buat Measat selaku pengendali satelit utama di rantau ini.
Manakan tidak, lebih 85 peratus kapasiti MEASAT-3 telah habis dilanggan walaupun tidak sampai tiga tahun ia dilancarkan manakala MEASAT-3a yang bakal beroperasi penghujung bulan depan telah pun mempunyai pelanggan.
Dengan pengukuhan satelit Measat di longitud (garis bujur) 91.5 darjah timur ini dijangka bakal meningkatkan perolehan syarikat kepada RM350 juta setahun berbanding sekarang yang hanya sekitar 60 peratus daripada jumlah itu.
Selain lima satelit Malaysia yang sudah pun berada di ruang angkasa, terdapat ribuan lagi satelit yang beroperasi dan kesemuanya mempunyai pelbagai fungsi daripada komunikasi, cuaca, cerapan, pertahanan dan lain-lain.
Sejarah pelancaran satelit bermula pada 4 Oktober 1957 apabila Soviet Union melancarkan satelit buatan pertama dunia ke angkasa yang dikenali sebagai Sputnik 1.
Ia bersaiz sebesar bola dengan berat 83 kilogram (183 paun). Pelancaran itu dilakukan di Baikonur Cosmodrome dan Sputnik kini diabadikan pada nama sebuah hotel di Baikonur.
Hotel tersebut menjadi persinggahan delegasi yang menghadiri satu-satu pelancaran satelit di Baikonur Cosmodrome.
Tidak ketinggalan delegasi Malaysia yang menyaksikan pelancaran MEASAT-3a 22 Jun lalu dengan penuh rasa bangga. - HERMAN HAMID

Sunday, 19 May 2013

Foto INNOSAT (Innovative satellite)


 



Satelit bersaiz kecil [Miniaturized satellites]

  https://en.wikipedia.org

Satelit bersaiz kecil [Miniaturized satellites] atau satelit kecil  adalah satelit buatan jisim yang rendah dan saiz, biasanya di bawah 500 kg (1,100 lb). Walaupun semua satelit itu boleh dirujuk sebagai satelit kecil, klasifikasi yang berbeza digunakan untuk mengkategorikan mereka berdasarkan massa .

1.1 Minisatellite
1.2 Microsatellite
1.3 Nanosatellite
1.4 Picosatellite
1.5 Femtosatellite

 

Salah satu sebab untuk satelit bersaiz kecil adalah untuk mengurangkan kos: satelit yang berat memerlukan roket lebih besar yang juga mempunyai kos yang lebih besar untuk membiayai pelancarannya. Apabila ditinjau kembali, satelit yang lebih kecil dan lebih ringan memerlukan kenderaan pelancaran yang lebih kecil dan lebih murah dan kadang-kadang boleh dilancarkan dalam bilangan yang banyak. Mereka juga boleh melancarkan 'piggyback', dengan menggunakan kapasiti yang berlebihan oleh pelancaran 'spacecraft'  yang lebih besar. Satelit bersaiz kecil membolehkan reka bentuk yang lebih murah serta kemudahan pengeluaran secara besar-besaran.

Selain isu kos, rasional utama untuk penggunaan satelit bersaiz kecil adalah peluang untuk membolehkan misi yang satelit yang lebih besar tidak boleh capai, seperti:

  • Gugusan satelit-satelit kecil untuk komunikasi data pada kadar yang rendah
  • Menggunakan maklumat untuk mengumpul data dari pelbagai tempat
  • Pemeriksaan dalam orbit satelit yang lebih besar.
  • Penyelidikan Berkaitan Universiti  

Minisatellite 

Istilah "minisatellite" biasanya merujuk kepada satelit tiruan dengan "jisim pukal" (termasuk bahan api) antara 100 dan 500 kg (220 dan 1,100 lb), walaupun ini biasanya hanya dipanggil "satelit kecil". Minisatellites biasanya mudah tetapi menggunakan teknologi yang sama seperti satelit yang lebih besar. 
Contoh: Demeter, Essaim, Parasol, Picard, Mikroskop, Taranis, Elisa, Smese, SSOT, Smart-1, Spirale, Jason-1, Jason-2.

 Mikrosatelit 

Mikrosatelit atau "microsat" biasanya digunakan untuk sebuah satelit buatan dengan jisim pukal antara 10 dan 100 kg (22 dan 220 lb). Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu konvensyen rasmi dan kadang-kadang microsats boleh merujuk kepada satelit yang lebih besar daripada itu. Kadang-kadang reka bentuk atau reka bentuk yang dicadangkan daripada beberapa statistik jenis ini mempunyai mikrosatelit bekerja bersama-sama atau dalam pembentukan 'formation'. Istilah generik "satelit kecil" atau "smallsat" juga kadang-kadang digunakan.Kecuali jisim, saiz satelit adalah penting juga. 
Contoh: Astrid-1 dan Astrid-2, serta set satelit kini mengumumkan untuk LauncherOne. 
Pelancaran mikrosatelit: Pada bulan Julai 2012, Virgin Galactic mengumumkan LauncherOne, kenderaan pelancaran orbit direka untuk melancarkan "smallsat" muatan sebanyak 100 kilogram (220 lb) ke orbit rendah Bumi, dengan pelancaran dijangka bermula pada 2016. Beberapa pelanggan komersial telah dikontrakkan pelancaran, termasuk GeoOptics, Skybox Pengimejan, Perkhidmatan penerbangan angkasa lepas, dan Sumber planet. Kedua-dua Surrey Satellite Technology dan Sierra Nevada Space Systems membangunkan bas satelit "dioptimumkan untuk reka bentuk LauncherOne." Virgin Galactic telah bekerja pada konsep LauncherOne sejak tahun 2008-an.Pada Disember 2012, DARPA mengumumkan bahawa program DARPA ALASA akan menyediakan microsat pelancaran kenderaan booster untuk satu lagi program DARPA yang bercadang untuk melepaskan "gugusan 24 satelit mikro (~ 20 kilogram (44 lb) range) masing-masing dengan 1 meter resolusi pengimejan. "Pada bulan April 2013, Garvey angkasa telah diberikan kontrak AS $ 200,000 untuk berkembang Prospector 18 suborbital pelancaran teknologi kenderaan mereka ke dalam nanosat orbit pelancaran kenderaan yang mampu menyampaikan 10 kilogram (22 lb) muatan ke 250 kilometer (160 batu) orbit kepada yang lebih -lebih-mampu berkelompok "20/450 Nano / Micro Pelancaran Satelit Kenderaan" (NMSLV) yang mampu menyampaikan 20 kilogram (44 lb) muatan ke 450 kilometer (280 batu) orbit bulat.The Boeing Kecil Pelancaran Kenderaan  dilancarkan tiga peringkat ke orbit pelancaran konsep kenderaan yang bertujuan untuk melancarkan muatan kecil sebanyak 100 paun (45 kg) ke orbit rendah Bumi. Program ini adalah dicadangkan untuk mengurangkan kos pelancaran tentera AS satelit kecil serendah AS $ 300,000 setiap pelancaran ($ 7,000 / kg) dan, jika program pembangunan yang dibiayai, boleh menjadi seperti tahun 2012 akan beroperasi pada tahun 2020.

 Nanosatellite

 Istilah "nanosatellite" atau "nanosat" digunakan kepada satelit buatan dengan jisim pukal antara 1 dan 10 kg (2.2 dan 22 lb). Reka bentuk yang dicadangkan bagi jenis ini mungkin akan dilancarkan secara individu, atau mereka mungkin mempunyai pelbagai nanosatellites bekerja bersama-sama atau dalam pembentukan'formation", di mana, kadang-kadang istilah "sekumpulan satelit" atau "kapal angkasa fractionated" boleh digunakan. Sesetengah reka bentuk memerlukan satelit "ibu" yang lebih besar untuk berkomunikasi dengan pengawal di bumi atau untuk dilancarkan. Dengan kemajuan yang berterusan dalam pengecilan dan peningkatan keupayaan teknologi elektronik dan penggunaan orientasi satelit, nanosatellites semakin mampu melaksanakan misi perdagangan yang mikrosatelit yang diperlukan sebelum ini. Sebagai contoh, 6U CubeSAT standard telah dicadangkan untuk membolehkan gugusan lapan 35 kg (18 lb)   satelit pengimejan Bumi untuk menggantikan gugusan lima 156 kg (340 lb) RapidEye satelit pengimejan Bumi, pada kos misi yang sama, dengan peningkatan ketara semula masa: setiap kawasan di dunia boleh  membuat pengimejan setiap 3.5 jam dan bukannya sekali setiap 24 jam dengan gugusan RapidEye. Dengan pembaikan tempoh masa  adalah peningkatan yang ketara bagi negara-negara melakukan gerak balas bencana, yang merupakan tujuan gugusan  RapidEye. Selain itu, pilihan nanosat itu akan membolehkan lebih banyak negara untuk memiliki satelit mereka sendiri untuk puncak (non-bencana) pengumpulan data pengimejan. Kenderaan pelancar Nanosatellite Dengan kemunculan kemajuan teknologi pengecilan dan peningkatan modal untuk menyokong inisiatif spaceflight swasta dalam 2010s, beberapa startups telah ditubuhkan untuk merebut peluang dengan membangunkan pelbagai Nanosatellite kecil muatan Pelancaran Kenderaan atau teknologi NLV.NLVs dicadangkan atau di bawah pembangunan termasuk:

    
Virgin Galactic LauncherOne peringkat atas,  dilancarkan dari WhiteKnightTwo serupa dengan bagaimana spaceplane SpaceShipTwo ini dilancarkan.
   

    
Nammo / Andøya North Star (polar pelancar orbit-mampu untuk 10 kg (22 lb) muatan)
    
Tentera Darat Amerika Syarikat sedang membangunkan pelancar SWORDS, yang bertujuan untuk menggunakan nanosatellites ke dalam "orbit tepat dari hampir mana-mana lokasi dengan kos yang sangat rendah." SWORDS adalah singkatan bagi Askar-Warfighter Beroperasi Deployer responsif untuk Angkasa. Muatan reka bentuk boleh menjadi sebesar 25 kg (55 lb). Tentera menjangka untuk membuat penerbangan ujian orbit awal pada musim panas tahun 2013.
    
Sehingga April 2013, Garvey angkasa membangunkan Prospector 18 suborbital pelancaran teknologi kenderaan mereka ke dalam nanosat orbit pelancaran kenderaan yang mampu membawa 10 kilogram (22 lb) muatan ke 250 kilometer (160 batu) orbit.
    
NASA melancarkan tiga satelit di April 21, 2013 berdasarkan kepada telefon pintar.
Dua telefon menggunakan PhoneSat spesifikasi 1.0 dan ketiga menggunakan versi beta PhoneSat 2.0 


Picosatellite

 Picosatellite atau "picosat" (tidak boleh dikelirukan dengan siri PicoSAT daripada mikrosatelit) biasanya digunakan sebagai nama sebuah satelit tiruan dengan massa yang basah antara 0.1 dan 1 kg (0.22 dan 2.2 lb). Sekali lagi reka bentuk dan reka bentuk yang dicadangkan jenis ini biasanya mempunyai pelbagai picosatellites bekerja bersama-sama atau dalam pembentukan (kadang-kadang istilah "sekumpulan" digunakan). Sesetengah reka bentuk memerlukan satelit "ibu" yang lebih besar untuk berkomunikasi dengan pengawal bumi atau untuk melancarkan dan dok dengan picosatellites. Reka CubeSAT, dengan kira-kira 1 kilogram (2.2 lb) massa, adalah satu contoh picosatellite besar (atau nanosat minimum).Picosatellites muncul sebagai alternatif yang baru untuk Buat Sendiri (DIY) kitbuilders. Picosatellites kini boleh didapati secara komersial di seluruh julat penuh 0,1-1 kilogram (3,5-35 oz). Peluang Pelancaran kini boleh didapati untuk $ 12,000 kepada $ 18,000 untuk sub-1 muatan picosat kg yang kira-kira saiz soda boleh. serta yang lebih kecil "Sprite" picosatellite yang pembina, KickSat, merancang untuk melancarkan 250 "satelit keropok saiz" ke rendah orbit Bumi (LEO) pada SpaceX Falcon 9 pelancaran kenderaan pada akhir tahun 2013. 

Femtosatellite

 Femtosatellite atau "femtosat" biasanya digunakan sebagai sebuah satelit tiruan dengan jisim antara 10 dan 100 g (0.35 dan 3.5 oz). Seperti picosatellites, beberapa reka bentuk memerlukan satelit "ibu" yang lebih besar untuk berkomunikasi dengan pengawal bumi. KickSat sprites "chipsats" akan berada di dalam kelas ini.Tiga prototaip "satelit cip" telah dilancarkan ke ISS pada Space Shuttle Endeavor misi terakhir pada Mei 2011. Mereka bertugas di luar ISS platform Eksperimen Bahan Stesen Angkasa Antarabangsa  (MISSE-8) untuk melakukan ujian.