Saturday 1 June 2013

PUISI : SIAPA TEMAN AKHIRATKU

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi
Siapa agaknya teman akhiratku
Adakah aku akan  ke Syurga-Mu
Bersama para anbiya' dan syuhada'
Atau hanya angan-anganku?
Siapa agaknya teman akhiratku
Adakah aku akan  ke Neraka-Mu
Bersama rantaian dan siksaan
Sungguh ku tak sanggup... na'uzubillah
 
Aku mahu sentiasa wangikan hatiku dengan zikrullah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Betapa aku hamba-Nya yang terlalu kerdil
Mahu mencari jalan-jalan pulang ke negeri abadi
Dalam hati yang seikhlas-ikhlas-Nya
Tanpa rasa ujub
Apa lagi mahu berbangga diri
Akulah yang terhebat berbicara
Akulah yang alim
Akulah yang berilmu tinggi dunia akhirat
Bererti aku sudah menjadi hamba-Nya
Memakai pakaian kesombongan-Nya
Na'uzubillah minta dijauhkan Allah
Siapalah aku bisa berilmu
Siapalah aku bisa berbicara indah
Tanpa izin-Mu jua
Dan aku mengaku
Engkau sajalah yang layak
Memakai pakaian kesombongan
Bukan aku
Bukan...bukan...bukan...
Kerana aku cumalah hamba-Mu yang hina
Kerana aku dilahirkan di tempat yang hina
Maka-Nya aku tak mahu menghina orang
Yang aku mahu pulang kepada-Mu
Dalam kain kafan
Setanggi Syurga kiriman-Mu
Berkat aku mengirimkan
Kudup-kudup mawar Syurga-Mu
Tanpa jemu
Kepada semua penghuni bumi
Tanda aku mensyukuri Kurniaan-Mu
Tanda aku menyayangi penghuni bumi seluruhnya
Tanpa terkecuali
Samaada mereka masih hidup atau sudah tiada
Dengan harapan
Semoga kasehku pada mereka terpatri
Di Syurga sedia menanti
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...


KARYA RATU RIMBA NIAGARA
23 Mac 2013

Puisi : wanita solehah

http://ina-in.blogspot.com

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah di atas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"