Thursday 2 April 2015

Coretanku:Teruk Sangatkah Ujian ini?

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Kadang2 kita merasakan ujian yang ditimpakan kepada kita sangat berat dan tidak tertanggung lagi...

Namun barangkali ramai lagi yang terpaksa menanggung ujian yang tersangat besar. Tak payah pergi jauh ke luar negara. Cukup di Malaysia pun rasanya memang terlalu ramai yang menderita.

Kemiskinan yang begitu ramai terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia yang hanya berpendapatan kurang daripada RM1000. Termasuk 'cleanear', di tempat aku pernah bekerja... hanya dibayar RM500.  Akupun sesekali berbelanja separuh daripada itu. Pun kadang2 masih diulit perasaan tidak berpuashati dengan perbelanjaan itu.

Cuba bayangkan seorang ibu tunggal dengan pendapatan RM500. Sudahlah tidak bersuami. Menanggung anak-anak  lagi....
Mungkin cukup2 makan kalau untuk keperluan dia seorang.

Itu baru ujian kemiskinan. Belum lagi penyakit...
Seorang sahabat yang baru kukenali 2 hari yang lepas telah mengidap kanser payudaya kira-kira 15 tahun lepas. Tapi beberapa tahun lepas (2008) didiagnos pulak mengidap kanser hati, paru2 dan peha... Sudah tidak larat katanya nak menanggung kesan kemoterapi..

Ya Allah... Aku umpama seorang manusia yang tidak tahu bersyukur...

Hanya sakit pening kepala sahaja dah merungut macam-macam...
Adakah Allah masih memandang aku? Malunya aku pada tuhan yang telah menciptakan aku dengan berbagai kesempurnaan.